1. Kerap kali saya menonton program " Lau Kaana Bainana " atau " Jika Sekiranya Rasulullah saw ada dikalangan kita ", suatu program untuk mendidik masyarakat hari ini yang telah jauh kehidupan mereka dari Rasulullah saw. Program yang cukup menginsafkan. Namun saya terfikir, apakah semua manusia boleh insaf jika kita mengandaikan Rasulullah saw ada dikalangan kita? sedang di zaman Nabi saw masih hidup pun terdapat sang musyrik yang menghina Nabi dan munafik yang memfitnah isteri Nabi saw melakukan hubungan seks terlarang [zina].
2. Memang terdapat manusia yang tidak pernah insaf dan tidak mahu insaf. Meskipun Rasulullah saw telah lama meninggalkan kita, tetapi syariatnya yang lengkap dengan sumber yang tetap Al Quran dan Al Hadith membuatkan seperti Rasulullah saw senantiasa hidup di sisi kita. Tetapi sebahagian manusia tidak mempedulikannya. Mereka tergamak mempersenda hukum Allah dan sunnah Rasulullah saw.
3. Sebagai contoh: [sekadar menyebut beberapa contoh] a] Tun Dr Mahathir Mohamad pada Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di University Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertarikh 26 Feb 2012, mendakwa bahawa hukum hudud hanyalah ciptaan ulamak feqah sahaja dan tiada nas di dalam al Quran. b] Datin Rosmah Mansur didakwa menghina Rasulullah saw ketika menaungi penganjuran Islamic Fashion Festival yang menampilkan pakaian busana seksi serta mendedahkan aurat, juga terdapat fashion yang tertulis nama Nabi saw secara terbalik pada pakaian yang diperagakan secara seksi oleh seorang model wanita. c] Mempromosi fitnah sedang fitnah adalah perbuatan yang dicela oleh syara'. Seorang blogger bernama Papagomo yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO tidak henti - henti menebar fitnah video lucah yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dari satu episod kepada satu episod dengan modus operandi yang serupa iaitu mengaibkan maruah orang. Lebih malang, Utusan Malaysia menjadi media rasmi mempromosi fitnah yang dilancarkan oleh papagomo sedang Utusan Malaysia adalah media yang dikuasai oleh UMNO. d] Kali ini giliran Saudara Khairul Fahmi menjadi mangsa fitnah Utusan Malaysia, kononnya Fahmi telah menghina Rasulullah saw. Sedang apa yang saya lihat dan faham dari tulisan ringkas saudara Fahmi melalui twitter beliau adalah menggambarkan hinanya UMNO dalam menghidupkan budaya politik fitnah dan porno dalam negara kita. Dulu Sikap yang ditunjukkan oleh UMNO dan media mereka tidak pernah memperdulikan hukum Allah swt dan Sunnah Rasulullah saw yang masih "hidup" dikalangan kita hari ini. Ayat larangan fitnah dan hadis larangan mengaibkan maruah orang lain tidak pernah dipedulikan oleh UMNO dan BN meskipun terdapat ulamak yang pandai membaca ayat dan hadis itu dikalangan mereka.
4. Saya melihat Saudara Fahmi perlu mengambil tindakan undang - undang kepada Utusan Malaysia sebagai pelapor fitnah terkenal di negara ini. Sebelum ini Utusan Malaysia terlalu banyak memangsakan pimpinan Pakatan Rakyat dan ianya seperti direstui oleh UMNO dan BN. Kita juga melihat bagaimana sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Datuk Seri Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain sering menjadi mangsa fitnah mereka.
5. Saya cabar Utusan Malaysia terbitkan kenyataan seorang ulamak sanjungan UMNO Abdullah Saamah yang pernah menyebut : "Kalau Nabi Muhammad bangkit loni, dia mari Kelate, dia bunuh Nik Aziz, dia mari bunuh ore PAS!" Ini kenyataan yang secara langsung menyebut tindakan Nabi saw dan ia adalah fitnah keatas Nabi saw. Sedang kenyataan Fahmi menyebut tentang tindakan UMNO dan fitnah yang mungkin akan dilakukan ke atas Nabi saw jika Nabi saw masih ada pada hari ini. Ertinya, saudara Fahmi bukan hina Nabi saw tetapi menampakkan hinanya UMNO dan BN dalam kegiatan fitnah mereka.
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia






0 comments:
Post a Comment