|
PAS Terengganu mengemukakan tawaran awal kepada rakyat Terengganu bagi menjamin pentadbiran yang telus selepas PRU 13.
Dengan jumlah pengikut seramai 65, 728 orang dan kesibukkan masa menghadiri program-program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, selebriti Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan tidak berhenti dan terus 'bertweet'.
Dewan Ulamak PAS Pusat berharap tidak ada lagi di kalangan rakyat negeri Terengganu yang beragama Islam, berfikiran dan menganggap, politik itu tidak ada kena mengena dengan ajaran agama Islam.
Ahli-ahli PAS hendaklah banyak berdoa dan bermunajat memohon pertolongan Allah SWT. Sembahyang hajat merupakan saluran untuk menyampaikan hasrat hati kita kepada Allah SWT.
Begitu juga sembahyang fardu berjamaah, hendaklah diutamakan oleh petugas-petugas PAS. Dalam pilihan raya yang lalu ramai petugas-petugas PAS tidak mengambil berat sembahyang berjamaah. Mereka yang sibuk dengan urusan pilihan raya sampai lupa sembahyang berjamaah dalam waktunya. Tidak manasabah seorang petugas gerakan Islam sembahyang fardu secara sendirian sedangkan sembahyang berjamaah mendapat kelebihan dan menjana kekuatan yang luar biasa.
|
|
|
|
|
|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Inilah cara BN. Yang meningatkan bahawa rakyat tidak berfikir. Sebenarnya mereka yang kontang fikiran.
Saranan doa TGNA utk PRU 13: baca kan doa ini...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Shbt2 alhamdulillah ketemu lagi kita hari Jumaat yg mulia jd sama2 kita berdoa kehadrat Allah SWT...
Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."
"Wahai Tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."
"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik."
"Wahai tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. Wahai Tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."
"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksaMu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada Tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai tuhan yang Maha Pemurah."
"Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian." Ameen ya robbal a'lameen (Doa TGNA)
Ini fakta yang cuba disembunyikan BN dan kuncu-kuncu nya media nasional. DAP sama sekali TIDAK AKAN memerintah Malaysia walaupun mereka memenangi semua kerusi Parlimen yang mereka bertanding.
Sapo2 hok xdok xtvt mlm ni sila jwb soalan latih tubi ni...
SOALAN-SOALAN YANG MESTI DIJAWAB OLEHSETIAP PENGUNDI YANG BAKAL MENGUNDI DALAMPILIHANRAYA UMUM KE 13 kekgi.
1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAPB. PAS
C. UMNO
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)
8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR
9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Brunei berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO
12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
Dan soalan cepuemas...
Siapakah bela lembu dalam kondo?
A. Anwar
B.Nik Aziz
C.Kak Ijat
Admin pilih PAS. Admin pilih Pakatan Rakyat. Bagaimana dengan pilihan mu wahai teman? Mahu negara terus dengan hutang yang meningkat? Rasuah tinggi? Birokrasi dimana-mana? Atau menggantikan dengan kerajaan mesra rakyat? Mesra alam?