10 Tawaran PAS Terengganu
PAS Terengganu mengemukakan tawaran awal kepada rakyat Terengganu bagi menjamin pentadbiran yang telus selepas PRU 13.
Abby Tetap Bersama PAS
Dengan jumlah pengikut seramai 65, 728 orang dan kesibukkan masa menghadiri program-program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, selebriti Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan tidak berhenti dan terus 'bertweet'.
Jangan Amal Politik Suku Agama Suku
Dewan Ulamak PAS Pusat berharap tidak ada lagi di kalangan rakyat negeri Terengganu yang beragama Islam, berfikiran dan menganggap, politik itu tidak ada kena mengena dengan ajaran agama Islam.
Bermunajatlah Kepada Allah
Ahli-ahli PAS hendaklah banyak berdoa dan bermunajat memohon pertolongan Allah SWT. Sembahyang hajat merupakan saluran untuk menyampaikan hasrat hati kita kepada Allah SWT.
Solat Wajib itu Penting
Begitu juga sembahyang fardu berjamaah, hendaklah diutamakan oleh petugas-petugas PAS. Dalam pilihan raya yang lalu ramai petugas-petugas PAS tidak mengambil berat sembahyang berjamaah. Mereka yang sibuk dengan urusan pilihan raya sampai lupa sembahyang berjamaah dalam waktunya. Tidak manasabah seorang petugas gerakan Islam sembahyang fardu secara sendirian sedangkan sembahyang berjamaah mendapat kelebihan dan menjana kekuatan yang luar biasa.
Sunday, 31 March 2013
Nasihat dari Ustaz Idris Ahmad
Musim Pilihanraya. Jadilah kita sebagai ahli yg baik dan produktif. Ustaz idris ahmad... Ajk PAS pusat |
Saturday, 30 March 2013
Thursday, 28 March 2013
Solat dan Doa Senjata Orang Mukmin
Setiausahanya, Dr. Ustaz khairuddin Aman Razali atTakiri berkata Merujuk kepada situasi tidak aman di sebahagian kawasan di negeri Sabah seperti kawasan Lahad Datu dan Semporna sebagaimana dilaporkan oleh media.
Katanya, solat dan munajat boleh diadakan di semua surau dan masjid dan mengamalkan doa sebagaimana diajar oleh RasuluLlah SAW.
"Kita arahkan semua dewan-dewan ulamak negeri-negeri, Urusan ulamak Kawasan-kawasan (di seluruh negara) untuk mengadakan solat hajat dan munajat, memohon keselamatan untuk Umat Islam dan rakyat Sabah khususnya dan Malaysia umumnya,
"terutamanya yang berhadapan dengan isu pencerobohan tanahair untuk sentiasa mengamalkan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila berlaku kesedihan dan dukacitam"ujarnya dalam satu kenyataan yang dietik dari laman rasmi Dewan Ulamak PAS Pusat.
Doa-doa tersebut telah di paparkan dalam kenyataan awal pada pagi Ahad, 3 Mac, sebagaimana yang telah diterbitkan dalam Buletinonline sebelum ini Doa Ulamak PAS Pusat Untuk Umat Di Sabah
Forum Bersama Abby Abadi
Sejak beliau mengubah haluan, kembali menyerahkan diri kepada Allah dan perjuangan Islam, Abby sentiasa menerima kritikan dan diserang bertubi-tubi oleh musuh-musuh yang sentiasa cemburu kepada beliau.
Sikap 'cool' Abby yang sentiasa menghantar mesej tweeter dengan nada lembut, walaupun diserang dengan 'sumpah seranah' dipuji oleh ramai pengikut beliau.
"bagus kak abby ..kena serangpun masih bertweet dengan kata-kata yang lembut ........ tak perlu 'mencarut' pun untuk tegakkan kebenaran,"kata mierhafifii, seorang pengikut Abby yang dikutip dari laman sosial itu.
[Gambar - Abby menghadiri satu program di Kampung Gaung Kuala Berang bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah pada minggu lalu]
"Macam-macam fitnah tentang saya sampai (ada yang) kata saya sesat (dan) jauh tersasar ye? Dulu ye, sebab tak ambil tahu (tentag Islam dan perjuangan)........ Sekarang Alhamdullillah, ALLAH bantu,"jawab Abby dalam salah satu mesejnya.
Abby turut membeikan pendapat terhadap isu-isu semasa terkini dan antara yang terbaru adalah, beliau mengkritik kerajaan Umno-BN Malaysia, kerana dikatakan lambat mengambil tindakan untuk mempertahankan keamanan di Lahad Datu.
"terang-terang lanun dah masuk ke Sabah, kerajaan buat tak tahu, sampai lah kejadian meragut nyawa pagi tadi tap media tetap melaporkan (ia) berita palsu, ia permainan politik Umno-BN di Lahad Datu Sabah, rakyat jadi mangsa.......rakyat tahu Umno-BN bersalah....mereka nak tukar (kerajaan),"komen Abby pada 1 Mac lalu.
Wednesday, 27 March 2013
10 tawaran PAS Terengganu
- Melaksanakan program pengecualian cukai pintu rumah kediaman untuk semuan rakyat.
- Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.
- Menyediakan sebanyak 17,000 peluang pekerjaan untuk rakyat dalam masa 3 tahun pemerintahan.
- Memberikan cuti bergaji kepada kakitangan awam yang kematian suami selama 30 hari.
- Mewujudkan Dasar Merakyatkan Ekonomi dengan menyediakan projek dan skim khas kepada rakyat miskin.
- Meneruskan usaha mengembalikan hak royalti petroleum rakyat Terengganu.
- Mengganti tanah baru atau rumah kepada pemilik yang terlibat dengan pengambilan balik tanah.
- Memberikan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik.
- Menubuhkan sebuah sekolah menengah agama di setiap daerah, serta memberi geran tahunan kepada sekolahsekolah agama rakyat dan pusat pengajian pondok.
- Mewujudkan semula Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) milik negeri yang mengutamakan anak-anak Terengganu.

















