10 Tawaran PAS Terengganu
PAS Terengganu mengemukakan tawaran awal kepada rakyat Terengganu bagi menjamin pentadbiran yang telus selepas PRU 13.
Abby Tetap Bersama PAS
Dengan jumlah pengikut seramai 65, 728 orang dan kesibukkan masa menghadiri program-program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, selebriti Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan tidak berhenti dan terus 'bertweet'.
Jangan Amal Politik Suku Agama Suku
Dewan Ulamak PAS Pusat berharap tidak ada lagi di kalangan rakyat negeri Terengganu yang beragama Islam, berfikiran dan menganggap, politik itu tidak ada kena mengena dengan ajaran agama Islam.
Bermunajatlah Kepada Allah
Ahli-ahli PAS hendaklah banyak berdoa dan bermunajat memohon pertolongan Allah SWT. Sembahyang hajat merupakan saluran untuk menyampaikan hasrat hati kita kepada Allah SWT.
Solat Wajib itu Penting
Begitu juga sembahyang fardu berjamaah, hendaklah diutamakan oleh petugas-petugas PAS. Dalam pilihan raya yang lalu ramai petugas-petugas PAS tidak mengambil berat sembahyang berjamaah. Mereka yang sibuk dengan urusan pilihan raya sampai lupa sembahyang berjamaah dalam waktunya. Tidak manasabah seorang petugas gerakan Islam sembahyang fardu secara sendirian sedangkan sembahyang berjamaah mendapat kelebihan dan menjana kekuatan yang luar biasa.
Saturday, 27 April 2013
GUANOPULOK: Syarikat Kroni Umno/BN Terengganu Pula Dapat Tanah...
Tuesday, 9 April 2013
BN Cuba Memperbodohkan Rakyat
Inilah cara BN. Yang meningatkan bahawa rakyat tidak berfikir. Sebenarnya mereka yang kontang fikiran.
Sunday, 7 April 2013
Friday, 5 April 2013
Doa Hari jumaat
Saranan doa TGNA utk PRU 13: baca kan doa ini...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Shbt2 alhamdulillah ketemu lagi kita hari Jumaat yg mulia jd sama2 kita berdoa kehadrat Allah SWT...
Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."
"Wahai Tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."
"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik."
"Wahai tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. Wahai Tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."
"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksaMu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada Tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai tuhan yang Maha Pemurah."
"Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian." Ameen ya robbal a'lameen (Doa TGNA)
Thursday, 4 April 2013
PAS Terengganu tanding 7 drp 8 kerusi Parlimen
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu akan bertanding tujuh kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Pesuruhjayanya, Mohd Abdul Wahid Endut mengumumkan perkara tersebut paad sidang media di Pejabat PAS negeri, hari ini.
Katanya, PAS membuat keputusan tersebut setelah dipersetujui dalam perbincangan Pakatan Rakyat di peringkat pusat.
"Saya juga ingin maklumkan bahawa kita telah membuat keputusan setelah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, kita (PAS) akan bertanding di Terengganu ini tujuh kerusi parlimen daripada lapan kerusi parlimen.
"Insya Allah, jika tidak ada aral melintang pada 11 April 2013 ini, hari Khamis malam Jumaat bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang kita akan umumkan secara rasmi calon-calon kita yang mewakili parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," jelasnya di hadapan 15 wakil media.
Menurutnya, pengumuman calon PAS itu akan diadakan bersekali dengan PKR yang bertanding pada pilihan raya tersebut.
Beliau turut mengumumkan 40 peratus daripada calon PAS adalah muka baru yang bakal mewarnai pentas politik PAS.
Bahkan, katanya terdapat juga calon di kalangan wanita yang bertanding atas tiket PAS sebagai tanda penghargaan parti terhadap golongan berkenaan.
"Insya Allah, jika tidak ada apa-apa masalah akan dikemukakan calon di kalangan wanita. Ini sebagai semangat untuk kaum wanita," ujarnya. - Harakahdaily
Radio Suara Rakyat FM: PAS meminta kerajaan sementara mematuhi 11 perkara...
KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan sementara samada di peringkat pusat atau negeri mematuhi 11 perkara dalam menjalank...
Wednesday, 3 April 2013
Adakah DAP akan perintah Malaysia jika PR menawan putrajaya???
Ini fakta yang cuba disembunyikan BN dan kuncu-kuncu nya media nasional. DAP sama sekali TIDAK AKAN memerintah Malaysia walaupun mereka memenangi semua kerusi Parlimen yang mereka bertanding.
Soalan Panas Pas Umno
Sapo2 hok xdok xtvt mlm ni sila jwb soalan latih tubi ni...
SOALAN-SOALAN YANG MESTI DIJAWAB OLEHSETIAP PENGUNDI YANG BAKAL MENGUNDI DALAMPILIHANRAYA UMUM KE 13 kekgi.
1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAPB. PAS
C. UMNO
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)
8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR
9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Brunei berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO
12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
Dan soalan cepuemas...
Siapakah bela lembu dalam kondo?
A. Anwar
B.Nik Aziz
C.Kak Ijat
Tuesday, 2 April 2013
Parlimen telah dibubarkan. Apa pilihan anda???
Admin pilih PAS. Admin pilih Pakatan Rakyat. Bagaimana dengan pilihan mu wahai teman? Mahu negara terus dengan hutang yang meningkat? Rasuah tinggi? Birokrasi dimana-mana? Atau menggantikan dengan kerajaan mesra rakyat? Mesra alam?
Nasihat Penting Sempena Bubar Parlimen
Semboyan jihad pilihanraya sudah ditiup. Marilah kita melakukan "Ribat Mujahidin dalam Pilihanraya" untuk memenangkan Islam di persada kuasa. Pastikan kita semua bermula saat ini DR Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat |
Istilah pilihanraya dan demokrasi
Perkara yang sepatutnya berlaku bagi semua sistem pilihanraya dan demokrasi. Bukan birokrasi. Bukan diktator. Bukan menjatuhkan kerajaan, cuma menumbang dan mengganti dengan yang lebih baik dan mesra rakyat.
Khairul Fahmi Tidak Hina Rasulullah
1. Kerap kali saya menonton program " Lau Kaana Bainana " atau " Jika Sekiranya Rasulullah saw ada dikalangan kita ", suatu program untuk mendidik masyarakat hari ini yang telah jauh kehidupan mereka dari Rasulullah saw. Program yang cukup menginsafkan. Namun saya terfikir, apakah semua manusia boleh insaf jika kita mengandaikan Rasulullah saw ada dikalangan kita? sedang di zaman Nabi saw masih hidup pun terdapat sang musyrik yang menghina Nabi dan munafik yang memfitnah isteri Nabi saw melakukan hubungan seks terlarang [zina].
2. Memang terdapat manusia yang tidak pernah insaf dan tidak mahu insaf. Meskipun Rasulullah saw telah lama meninggalkan kita, tetapi syariatnya yang lengkap dengan sumber yang tetap Al Quran dan Al Hadith membuatkan seperti Rasulullah saw senantiasa hidup di sisi kita. Tetapi sebahagian manusia tidak mempedulikannya. Mereka tergamak mempersenda hukum Allah dan sunnah Rasulullah saw.
3. Sebagai contoh: [sekadar menyebut beberapa contoh] a] Tun Dr Mahathir Mohamad pada Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di University Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertarikh 26 Feb 2012, mendakwa bahawa hukum hudud hanyalah ciptaan ulamak feqah sahaja dan tiada nas di dalam al Quran. b] Datin Rosmah Mansur didakwa menghina Rasulullah saw ketika menaungi penganjuran Islamic Fashion Festival yang menampilkan pakaian busana seksi serta mendedahkan aurat, juga terdapat fashion yang tertulis nama Nabi saw secara terbalik pada pakaian yang diperagakan secara seksi oleh seorang model wanita. c] Mempromosi fitnah sedang fitnah adalah perbuatan yang dicela oleh syara'. Seorang blogger bernama Papagomo yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO tidak henti - henti menebar fitnah video lucah yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dari satu episod kepada satu episod dengan modus operandi yang serupa iaitu mengaibkan maruah orang. Lebih malang, Utusan Malaysia menjadi media rasmi mempromosi fitnah yang dilancarkan oleh papagomo sedang Utusan Malaysia adalah media yang dikuasai oleh UMNO. d] Kali ini giliran Saudara Khairul Fahmi menjadi mangsa fitnah Utusan Malaysia, kononnya Fahmi telah menghina Rasulullah saw. Sedang apa yang saya lihat dan faham dari tulisan ringkas saudara Fahmi melalui twitter beliau adalah menggambarkan hinanya UMNO dalam menghidupkan budaya politik fitnah dan porno dalam negara kita. Dulu Sikap yang ditunjukkan oleh UMNO dan media mereka tidak pernah memperdulikan hukum Allah swt dan Sunnah Rasulullah saw yang masih "hidup" dikalangan kita hari ini. Ayat larangan fitnah dan hadis larangan mengaibkan maruah orang lain tidak pernah dipedulikan oleh UMNO dan BN meskipun terdapat ulamak yang pandai membaca ayat dan hadis itu dikalangan mereka.
4. Saya melihat Saudara Fahmi perlu mengambil tindakan undang - undang kepada Utusan Malaysia sebagai pelapor fitnah terkenal di negara ini. Sebelum ini Utusan Malaysia terlalu banyak memangsakan pimpinan Pakatan Rakyat dan ianya seperti direstui oleh UMNO dan BN. Kita juga melihat bagaimana sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Datuk Seri Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain sering menjadi mangsa fitnah mereka.
5. Saya cabar Utusan Malaysia terbitkan kenyataan seorang ulamak sanjungan UMNO Abdullah Saamah yang pernah menyebut : "Kalau Nabi Muhammad bangkit loni, dia mari Kelate, dia bunuh Nik Aziz, dia mari bunuh ore PAS!" Ini kenyataan yang secara langsung menyebut tindakan Nabi saw dan ia adalah fitnah keatas Nabi saw. Sedang kenyataan Fahmi menyebut tentang tindakan UMNO dan fitnah yang mungkin akan dilakukan ke atas Nabi saw jika Nabi saw masih ada pada hari ini. Ertinya, saudara Fahmi bukan hina Nabi saw tetapi menampakkan hinanya UMNO dan BN dalam kegiatan fitnah mereka.
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Monday, 1 April 2013
Islam 4 all
Semua selamat jika ikut Islam. Semua bangsa akan selamat jika ikut Islam. Islam bukan untuk bangsa tertentu sahaja. Islam untuk semua.
Adakah Malaysia tidak mampu menanggung pendidikan percuma? Atau sekadar retorik pilihanraya?
Bincangkan semua. Projek boleh ber bilion2, akan tetapi menempa pendidikan percuma amat sulit walau dengan biaya 6 bilion. Menara 25bilion tanpa faedah, transit 80 bilion sedang yang sedia masih elok. Mana lebih baik?
Anologi Umno-Pas
"Najib terpaksa buat pilihan. Jika Dato Ahmad Said bertanding, Parlimen Kemaman menang besar tetapi Negeri Terengganu akan jatuh. Kalau Ahmad Said tak bertanding Kemaman akan kalah Tetapi Terengganu, BN kekal memerintah"
Pemimpin yang disegani
Dato Seri Tuanguru Haji Abdul Hadi Awang seorang tokoh yang disegani kawan dan lawan. Hidup sederhana dan kata katanya sarat dengan nasihat. Inilah pemimpin yang sepatutnya menjadi pilihan kita.
BN TEWAS DAP PERINTAH MALAYSIA ?
Saya Tidak Takut PAS
我 不管伊党的回教化,我要支持伊党,我死都不会投卖华求荣的马华。 (Saya tak takut PAS , saya mesti sokong PAS , saya sampai mati pun tak undi parti yang kianat dan menipu kaum cina itulah parti MCA)
Seorang pembaca berbangsa Cina memberi komen (Chen Keith) Tidak apa yg perlu takut dengan PAS. Pas tidak rompak rakyat. Pas tidak Rasict.Pas adil kepada setiap orang.....100% sokong PAS.... MCA podahhhhh.......
Fenomena sekarang bukan sahaja Cina tidak akan sokong UMNO, malah mereka sendiri tidak suka lagi MCA.
Bayang seorang Cina tak suka MCA, ini bermakna mereka lebih daripada 10X tak akan sukan UMNO.
Kedudukan sekarang UMNO, MCA dan MIC tak ada tempat untuk bangsa-bangsa lain di Malaysia.
Bagaimana dengan Melayu?
Melayu masih lagi ketinggalan dalam memahami politik negara secara lebih rasional. Lihat ini dia minda Melayu Islam.
..dan masih berbangga dengan duit RM500
Siri Lawatan Pemantauan Peti Undi
Demi memantapkan organisasi Parti, siri lawatan pemantauan dijalankan. Lawatan ini penting bagi meningkatkan motivasi semua petugas diperingkat akar umbi. Yang terpenting dari lawatan ini adalah menyediakan setiap peti undi dengan kaedah kaedah pentadbiran yang optimum.
Kenapa Pas berkawan dengan Dap bukan Umno
KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO
Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:
1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.
2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.
3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?
4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.
5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.
6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.
7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?
8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?
9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.
10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.
11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung
12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?
13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.
14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.
15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......
16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.
Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.





















